Wednesday 8 August 2012

9W8ZAN NEW WORKING CONDITION

A NEW WORKING CONDITION IN MY RADIO ROOM

Beberapa alatan komunikasi yang baru telah saya pasang di HQ saya di Serian dimana saya telah memasang antenna baru saya iaitu Dipole Wire Model Thomson CSF - 142 yang telah digunakan sejak tahun 1980 lagi. Pada waktu itu Dipole Wire Model Thomson CSF ini sangat terkenal sekali penggunaannya terutama sekali apabila pihak yang bertanggungjawab ditugaskan untuk mengawal keselamatan negara.
Sebelum Dipole Wire ini di hadiahkan kepada saya oleh ayahanda saya sendiri, beliau telah memberi serba sedikit tunjuk ajar cara penggunaannya. Menurut beliau Dipole Wire ini dari segi reka bentuk dan bahan untuk membuatnya adalah sangat berbeza sekali dengan antenna Dipole Wire Homebrew mahupun di beli kerana Dipole Wire Model Thomson ini direka khas untuk kegunaan anggota keselamatan didalam hutan. Yang menariknya Antenna Dipole Wire ini boleh di gunakan untuk VHF, HF mahupun Simplex. Menurut ayahanda saya sewaktu mereka bertugas di Pulau Semporna Sabah, mereka dapat menghubungi rakan mereka yang berada di Miri,Sarawak secara direct dari point ke point ( Simplex )dengan hanya meletakkan Dipole Wire antenna ini di batang pokok kelapa setinggi 8 kaki dari aras tanah...Wahhh sungguh menakjubkan. Jika panjang cable dibuka sehingga 34 kaki maka saya berpeluang ke HF 10 meter..Antenna Dipole Wire ini saya sambungkan ke FT897 dengan menggunakan cable RG8. Setakat ini saya telah melakukan percubaan untuk menghubungi rakan amateur di Pontianak..Indonesia dengan menggunakan teknik dari point ke point ( simplex ) ..tak sangka percubaan saya berjaya....memang boleh tahan dan luar biasa kuasa pancaran Dipole Wire ini...Nak tengok ? Datanglah ke HQ saya di Serian.


MODEL ANTENNA TERBARU

DIPOLE WIRE THOMSON CSF-145
DUAL BAND AND DUAL MODE
FREQUENCY UNTUK VHF, HF AND SIMPLEX.



MY AMATEUR RADIO SET IN MY RADIO ROOM
( SERIAN BASA STATION )



MONITORING VHF SIMPLEX AND HF QSO
 (  FROM SERIAN BASE STATION  )